Sunday, November 20, 2011

Majlis Kesyukuran Perkahwinan

Alhamdulillah, selesai sudah mengikuti Diploma Pendidikan. Kami telah selamat diijabkabulkan pada 3 Jun 2011 jam 4.30 petamg. Majlis Kesyukuran diadakan pada 4 Jun 2011 di rumah di Machang.

Wednesday, July 14, 2010

Proposal Kajian Tindakan

Kandungan Dalam Kertas Cadangan Kajian Tindakan

1. Nama Sekolah : SMU (A) Syukuriah, Bukit Sireh, Kuala Krai, Kelantan.

2. Nama Penyelidik : Sity Aizah Binti Aznan ( 202051)


3. Tajuk Kajian : Mempertingkatkan kebolehan pelajar membina ayat dalam
Bahasa Inggeris.

4. Latar Belakang Masalah:

1. Sekolah menengah ini terletak di kawasan luar Bandar. Pencapaian pelajar dalam Bahasa Inggeris di peringkat PMRU, PMR dan SMU adalah sangat rendah. Ramai pelajar yang gagal dalam ujian Bahasa Inggeris.
2. Faktor yang dikenalpasti yang menyebabkan pencapaian yang lemah ini ialah kerana pelajar-pelajar tidak boleh membaca dan memahami perkataan-perkataan Bahasa Inggeris. Hampir keseluruhan pelajar tidak faham maksud ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris.
3. Pelajar lebih tertumpu kepada matapelajaran arab/ugama.

5. Objektif Kajian/ Tujuan Kajian :

1. Untuk mencari jalan bagi membantu pelajar-pelajar tingkatan 2 yang masih
kurang mahir dan lemah dalam membina ayat dalam Bahasa Inggeris.
2. Menyelidik faktor-faktor yang menghalang usaha-usaha membantu pelajar-
pelajar yang lemah dalam membina ayat Bahasa Inggeris.

6. Kumpulan Sasaran : Pelajar Tingkatan 2 Mekah
20 Orang Pelajar

7. Pernyataan Masalah / Punca-punca Masalah:

Berikut ialah beberapa masalah yang telah dikenalpasti oleh guru-guru tentang perkara ini. Masalahnya ialah :

i. Pelajar yang masuk ke tingkatan 2 kebanyakannya tidak boleh memahami perkataan atas kurang perbendaharaan kata dalam Bahasa Inggeris. Mereka tidak dapat membuat ayat-ayat yang betul dalam Bahasa Inggeris, apatah lagi esei. Keadaan ini berlanjutan sehingga ke tingkatan 2 dan 4.
ii. Guru-guru yang mengajar mendapati sukar untuk mengikuti silibus disebabkan masalah ini. Mereka menghadapi dilema sama ada mengikuti silibus dan ada guru hanya menumpukan perhatian untuk menghabiskan silibus atau mementingkan pelajar belajar Bahasa Inggeris.
iii. Persoalannya, mungkinkan ini disebabkan masalah semasa di sekolah rendah, ditingkatan 1 atau program yang dilaksanakan disekolah untuk tingkatan 2 adalah terlalu tinggi bagi kumpulan pelajar ini, maka ianya tidak sesuai. Jadi mungkin diperlukan suatu program lain yang lebih sesuai dengan tahap kebolehan pelajar untuk menjadikan pelajaran Bahasa Inggeris itu lebih seronok dipelajari. Untuk ini semua guru terutama guru Bahasa Inggeris perlu merancang semasa pengajaran.
iv. Sikap pelajar yang tidak suka membawa kamus ke sekolah menunjukkan pelajar kurang berusaha dalam memahami perkataan dalam Bahasa Inggeris.Seterusnya ini menyebabkan pelajar kurang minta dalam mempelajari Bahasa Inggeris.
v. Bagaiman menggalakan pelajar berminat membaca bahan-bahan Bahasa Inggeris?
Mungkinkan bahan-bahan bacaan yang mudah boleh ditambah di perpustakaan
sekolah dan mungkin juga sistem skim pinjaman buku dan peraturan pembacaan
harus dilaksanakan untuk menggalakkan pelajar membaca buku-buku dalam Bahasa
Inggeris. Dalam hal ini, pihak pentadbiran sekolah perlu bersama-sama
bertanggungjawab memberikan peranan.

8. Metodologi kajian:

• Aktiviti 1 : Kembara Maklumat
Pelajar dikehendaki membawa kamus untuk aktiviti ini. 4 kumpulan pelajar yang terdiri daripada 5 orang pelajar bagi setiap kumpulan, dibawa ke luar bilik darjah. Pelajar dapat menikmati keindahan alam semulajadi dan kehijauan disekeliling. Aktiviti ini menyediakan pelajar dengan teknik mencari maklumat secara bersistematik menerusi 3 stesen. Kad manila diletakkan di setiap stesen. Pelajar-pelajar perlu membaca arahan yang terdapat pada kad manila dari satu stesen ke stesen seterusnya berdasarkan arahan. Penyelidik menggunakan aktiviti pembelajaran luar bilik darjah untuk menyampaikan ciri-ciri pola penyelesaian masalah. Markah akan diambil berdasarkan bilangan betul jawapan yang diselesaikan, kepantasan pelajar siap menjawab dan kepantasan sampai ke stesen seterusnya. Di stesen 1, terdapat 4 sampul surat yang di dalamnya terdapat soalan-soalan yang berbeza. Setiap kumplan dikehendaki memilih salah satu sampul surat seterusnya kumpulan tersebut menyelesaikan soalan mengikut arahan yang telah ditetapkan tanpa meninggu kumpulan lain. Di stesen 2, kumpulan pelajar disediakan soalan-soalan “puzzle”. Kumpulan pelajar perlu berlumba-lumba menyelesaikan puzzle untuk ke stesen akhir iaitu stesen 3. Di stesen 3, pelajar diberi tiga perkataan dan setiap kumpulan diberikan perkataan yang berbeza. Setiap kumpulan perlu membina tiga ayat dari tiga perkataan yang diberi tadi. Markah akan diberikan kepada pelajar adalah bilangan betul jawab dan kepantasan menyelesaikan soalan. Markah yang terbanyak dikira sebagai pemenang. Pemenang akan diberikan hadiah.

• Aktiviti 2 : Permainan Bahasa : Ting Ting.
Guru membahagikan kelas kepada 4 kumpulan. Wakil seorang dari setiap kumpulan akan membalingkan dadu berssama yang dipegang addalah kamus. Wakil dari setiap kumpulan akan tampil untuk lompat dari satu petak ke petak seterusnya berdasarkan bilangan yang tertera pada balingan buah dadu. Setiap buah dadu disediakan untuk setiap kumpulan pelajar. Dan apabila sampai di petak-petak tertentu, pelajar dikehendaki menamakan gambar yang dipaparkan sebanyak 3 kali sebutan. Permainan diteruskan sehingga tamat. Guru menyediakan satu talian hayat iaitu menerusi telefon dengan mendapatkan bantuan rakan dalam kumpulan masing-masing. Bagi pelajar yang tidak dapat menjawab pelajar itu diberi peluang untuk membuat talian hayat untuk memahami maksud perkataan seterusnya melakonkannya untuk dilihat oleh ahli kumpulannya.Jika pelajar itu salah jawapan makan dia dikehendaki lompat 2 petak ke belakang. Seterusnya ahli kumpulan akan menunggu untuk melihat lakonan dan mendengar perkataan yang diajukan dari wakil pelajar untuk menanda atau meletakkan kad jawapan pada gambarajah yang telah disediakan dalam kad manila. Pelajar yang berjaya sampai ke petak penamat dan dapat menamakan semua gambar yang dipaparkan dikira sebagai pemenang. Pelajar dikehendaki membawa kamus untuk bantuan talian hayat.

• Aktiviti 3 : Permainan ‘Chain Drills’

Guru menggunakan kaedah “2 minutes English”. Setiap perkataan (sekurang-kurangnya 4-5 ) ditulis di ruangan tepi papan hitam/ kad manila. Sebelum permainan diteruskan, pelajar-pelajar dikehendaki menyebut perkataan yang ditunjukkan di samping mengetahui maknanya. Pelajar dikehendaki membawa kamus supaya mengetahui makna perkataan tadi.
Pelajar yang cerdas dijadikan pengganti guru. Mereka yang mahir dalam sebutan dilantik menjadi ketua. Mereka membantu kawan-kawan dengan menunjukkan gambar serta menyebut perkataan dan rakan-rakan dalam kumpulan sama mengulangi beberapa kali.
Seterusnya, ketua kumpulan menyebut perkataan dan pelajar yang berikutnya akan menyebut perkataan itu sebanyak 3 kali, menepuk tangan 3 kali dan kembali menyebut perkataan sebanyak 2 kali lagi. Caranya ialah seperti berikut.
Contohnya “Things of Our Body”
Aktiviti ini dijalankan sehingga semua pelajar dalam kumpulan menyebut perkataan yang diberikan.

Eyes eyes eyes
Clap clap clap
Eyes eyes

Perkataan yang guru berikan tadi dalam ‘2 minutes English’ boleh digunakan oleh pelajar untuk menambahkan perbendaharaan perkataan. Seterusnya pelajar mencari perkataan lain lagi. Guru akan menetapkan tempoh masa tertentu kepada semua kumpulan pelajar. Pemenang adalah bagi kumpulan yang banyak kumpul perkataan.

9. Kesignifikan Kajian:

Dapatan kajian ini akan didedahkan kepada :
i. Yayasan Islam Kelantan, Bahagian Kurikulum, Nilam Puri, Kota Bharu.
ii. Guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf.
iii. Guru-guru Bahasa Inggeris melalui mesyuarat panitia.

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru...

"Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan fana, sementara guru, penyebab hidup yang kekal. Sekiranya tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya"...Imam Al-Ghazali..

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu....

Khas Buat Mama dan Ibu ku, kakak2 dan sahabat2 yg dh mempunyai cahaya mata...

Sunday, March 14, 2010

Selamat Bercuti Kawan2...


Selamat Bercuti...JUmpa pada 20hb nanti...